Wednesday, January 4, 2012

Exam Aplikasi Komputer..

5/1/2011


Akhirnya tibalah masanya untuk berdepan ngan subjek aplikasi yg digeruni ni..memalam buta ni tgh struggle study utk esok,
mudah-mudahan berkat usaha kami,mahulah Puan Lembut hati n bagi Kami semua ''A''Aminn..     hehehe :)..


Anyway, thanks utk segala tunjuk ajar n nasihat Pn Nor Azuan yg saya hormati..Walaupun masa kita bersama dalam kelas ini singkat,tapi kekadang terasa diri ini mulai rasa sayang dan mengerti akan pengorbanan seorang insan bergelar pendidik.Smoga Allah merahmati Puan sekeluarga dan mudah-mudahan kita berjumpa lagi dalam subjek yang lain^^


Smoga kawan2 ku yg disayangi juga dapat menjawab pepreiksaan dengan tenang dan memperoleh markah cemerlang..Amin


p/s-X tau apsal malam ni Emo tetiba..Hormon pompuan terlebih rembes kowt...hahaha

Final Exam 2012!!

Ok ni ada sikit pesanan ringkas untuk kawan2 semua yg sedang @ akan menghadapi  Final utk 1st semster ni


Pesanan dan nasihat nya ghini:

.‎"Allah TAK PERNAH lupa memberi rezeki pada makhluk-Nya antaranya manusia meskipun manusia ini terlalu banyak sangat2..

Tapi manusia SELALU LUPA untuk bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi pada kita meskipun Allah hanyalah satu dan hanya satu.."

Allahu Allah..

p/s : lepas exam, jangan lupa sujud syukur sebab Allah bagi ilham dan nikmat untuk study sebelum exam.. bukan sekadar sujud syukur dapat result exam cemerlang je.. :).

Wednesday, December 28, 2011

Mari kita renungkan..


  • Rasulullah S.A.W bersabda:
    “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” (HR Bukhari dan Muslim)
    Hadis Rasulullah s.a.w juga telah mengatakan bahawa solat Subuh berjemaah ini menjadi garis pemisah antara sifat sebenar orang mukmin dan orang munafiq. Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, baginda akan menelitinya ketika solat Subuh. Apabila baginda tidak mendapatinya solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang baginda ragukan dalam hati. Mereka yang tidak mempunyai iman yang teguh tidak akan mampu meninggalkan keindahan diulit mimpi indah di pagi buta.

    Ibnu Mas‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:

    “Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya atau kedua telinga. ” (HR Imam Al-Bukhari)

    Menurut Imam Al-Qurtubi, kencing syaitan di sini adalah hakiki dan bukan hanya simbolik. Iaitu kita akan mampu mengenali mereka yang tidak bangun untuk mengejakan solat Subuh dengan kemuraman dan kekusutan wajahnya di pagi hari serta kehilangan cahaya dan seri.

    Syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda:

    “Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata): Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas. ” (HR Al-Bukhari) 

     Sekiranya seluruh umat Islam mampu untuk bangkit mengerjakan solat Subuh berjemaah, kita akan yakin bahawa kemenangan Islam itu sangat dekat. Sehingga orang Yahudi mengatakan bahawa mereka sangat takut sekiranya mereka menyaksikan orang Islam memenuhi masjid di waktu Subuh. Namun, kenyataan hari ini mengatakan bahawa umat kita masih jauh daripada impian ini. Bagaimana mungkin kita menang pertempuran dengan musuh di luar sedangkan kita tewas dengan hawa nafsu sendiri?

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Allah, sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (HR Bukhari dan Muslim


Tuesday, December 13, 2011

MIB3(Men In Black 3) Coming this 2012!!


Wohoo!! Akhirnya ini antara cerita yang aku tunggu2 sejak remaja.. Men in black versi yg baru akan datang!! cerita fiksyen,action/komedi lakonan will smith dan Tommy Lee Jones ini berfokus kepada 2 orang ''Alien Secret Agent'' yang menentang penjenayah makhluk asing..


Agent J membuat terjunan masanya


Ini merupakan filem MIB ke-3  arahan Barry Sonnenfeld dan Steven Spielberg yang kembali sebagai executive producer serta ia betul2 menarik perhatian haku!! Cerita kali ni nampaknya tampil ngan gaya penceritaan baru dan  tidak kena mengena lagi tentang agent ''K'' yang kehilangan ingatan akibat terkena laser pelupa yang dulu..kali ni ianya berkisar mengenai time travel oleh agent J dan beliau bergabung kembali dengan Agent J dari masa silam utk menentang alien jahat.Woohoo sekali lagi, kerana ianya betul2 membuatkan haku teruja!!


Agent J(will smith) bersama Agent K(versi muda)

Agent J dan K tgh tunggu bas gamaknya^^


Jadi mehla, saksikan beramai2!!(promote) Dipawagam terdekat anda..Filem dijangka akan keluar di US pada May 25, 2012 and lets us hope ianya akan ditayang serentak diseluruh dunia..^_^


More info kelik here
click here for the trailer 

Sunday, December 11, 2011

Dedicated to ''Sahabat''

Sesegar hijau daunan,
Begitulah kita diibaratkan,
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita,
Antara kita semua...

Seerat simpulan yang tidak terbuka,
Seteguh langit tinggi menongkah dunia,
Kita mengharung badai atas nama,
Kasih insan bersaudara...

Buang yang keruh ambil yang jernih,
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi,
Marilah contohilah Rasullulah,
Di dalam bersahabat,
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan,
Bina keharmonian...

Sesegar hijau daunan,
Begitulah kita diibaratkan,
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita,
Antara kita semua...

♫ By-Kumpulan In Team
 Youtube-click

Best memory ~



Saturday, December 10, 2011

Tersedar dari tidur yang lena

Ilmu seluas alam.Trima kasih membuka mindaku tuhan.moga yg lain pun dapat memahami apa yang aku fahami.aminn...

Wednesday, December 7, 2011

Program Green Planet Venture

poster program


Alhamdulillah aku dipilih menjadi Pengarah Program Mega '' Green Planet Venture'' pada 3&4 Disember tu hari...Permulaan dan persediaan program ini amat mencabar n memeningkan namun alhamdulillah semuanya berjalan ngan jayanya..




Bergambar bersama peserta2 dari kolej lain dan Vip
 

Gambo Ahli GPV tersayang dan Jaksa ibu zain 



Kesemua org kuat program

Iklan Pertandingan Photography


Baju Rasmi Program Kami Terbaekkk




Aliffshah Mohd Shah
ALhamdulillah Tahniah kepada urusetia Green Planet Venture,dan Green Knowledge !!semuanya berjalan lancar~Tahniah kpd Mai Izzatul Syahirah & Yana Hidayah^^
 ·  · December 4 at 5:48pm near Kuala Lumpur



mesyuarat bersama ahli




Membuka gerai jualan di Putrajaya bagi mengutip dan menambah dana




nik dan atiek yg bertungkus lumus memotong buah


bincang ape tue..


kak arifah membeli buah

-I guess ini yang dipanggil bersusah-susah dulu n bersenang-senang kemudian..Thanks to all Mt dan Ajk tanpa korang ntah camnala program ni..Ya all the best!!^^

''Of the best rulers, The people only know that they exist; the next best they love and praise the next they fear; and the next they revile. When they do not command the people's faith, some will lose faith in them, and then they resort to oaths! But of the best when their task is accomplished, their work done, the people all remark, We have done it ourselves.''