Wednesday, December 28, 2011

Mari kita renungkan..


  • Rasulullah S.A.W bersabda:
    “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” (HR Bukhari dan Muslim)
    Hadis Rasulullah s.a.w juga telah mengatakan bahawa solat Subuh berjemaah ini menjadi garis pemisah antara sifat sebenar orang mukmin dan orang munafiq. Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, baginda akan menelitinya ketika solat Subuh. Apabila baginda tidak mendapatinya solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang baginda ragukan dalam hati. Mereka yang tidak mempunyai iman yang teguh tidak akan mampu meninggalkan keindahan diulit mimpi indah di pagi buta.

    Ibnu Mas‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:

    “Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya atau kedua telinga. ” (HR Imam Al-Bukhari)

    Menurut Imam Al-Qurtubi, kencing syaitan di sini adalah hakiki dan bukan hanya simbolik. Iaitu kita akan mampu mengenali mereka yang tidak bangun untuk mengejakan solat Subuh dengan kemuraman dan kekusutan wajahnya di pagi hari serta kehilangan cahaya dan seri.

    Syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda:

    “Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata): Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas. ” (HR Al-Bukhari) 

     Sekiranya seluruh umat Islam mampu untuk bangkit mengerjakan solat Subuh berjemaah, kita akan yakin bahawa kemenangan Islam itu sangat dekat. Sehingga orang Yahudi mengatakan bahawa mereka sangat takut sekiranya mereka menyaksikan orang Islam memenuhi masjid di waktu Subuh. Namun, kenyataan hari ini mengatakan bahawa umat kita masih jauh daripada impian ini. Bagaimana mungkin kita menang pertempuran dengan musuh di luar sedangkan kita tewas dengan hawa nafsu sendiri?

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Allah, sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (HR Bukhari dan Muslim


Tuesday, December 13, 2011

MIB3(Men In Black 3) Coming this 2012!!


Wohoo!! Akhirnya ini antara cerita yang aku tunggu2 sejak remaja.. Men in black versi yg baru akan datang!! cerita fiksyen,action/komedi lakonan will smith dan Tommy Lee Jones ini berfokus kepada 2 orang ''Alien Secret Agent'' yang menentang penjenayah makhluk asing..


Agent J membuat terjunan masanya


Ini merupakan filem MIB ke-3  arahan Barry Sonnenfeld dan Steven Spielberg yang kembali sebagai executive producer serta ia betul2 menarik perhatian haku!! Cerita kali ni nampaknya tampil ngan gaya penceritaan baru dan  tidak kena mengena lagi tentang agent ''K'' yang kehilangan ingatan akibat terkena laser pelupa yang dulu..kali ni ianya berkisar mengenai time travel oleh agent J dan beliau bergabung kembali dengan Agent J dari masa silam utk menentang alien jahat.Woohoo sekali lagi, kerana ianya betul2 membuatkan haku teruja!!


Agent J(will smith) bersama Agent K(versi muda)

Agent J dan K tgh tunggu bas gamaknya^^


Jadi mehla, saksikan beramai2!!(promote) Dipawagam terdekat anda..Filem dijangka akan keluar di US pada May 25, 2012 and lets us hope ianya akan ditayang serentak diseluruh dunia..^_^


More info kelik here
click here for the trailer 

Sunday, December 11, 2011

Dedicated to ''Sahabat''

Sesegar hijau daunan,
Begitulah kita diibaratkan,
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita,
Antara kita semua...

Seerat simpulan yang tidak terbuka,
Seteguh langit tinggi menongkah dunia,
Kita mengharung badai atas nama,
Kasih insan bersaudara...

Buang yang keruh ambil yang jernih,
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi,
Marilah contohilah Rasullulah,
Di dalam bersahabat,
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan,
Bina keharmonian...

Sesegar hijau daunan,
Begitulah kita diibaratkan,
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita,
Antara kita semua...

♫ By-Kumpulan In Team
 Youtube-click

Best memory ~



Saturday, December 10, 2011

Tersedar dari tidur yang lena

Ilmu seluas alam.Trima kasih membuka mindaku tuhan.moga yg lain pun dapat memahami apa yang aku fahami.aminn...

Wednesday, December 7, 2011

Program Green Planet Venture

poster program


Alhamdulillah aku dipilih menjadi Pengarah Program Mega '' Green Planet Venture'' pada 3&4 Disember tu hari...Permulaan dan persediaan program ini amat mencabar n memeningkan namun alhamdulillah semuanya berjalan ngan jayanya..




Bergambar bersama peserta2 dari kolej lain dan Vip
 

Gambo Ahli GPV tersayang dan Jaksa ibu zain 



Kesemua org kuat program

Iklan Pertandingan Photography


Baju Rasmi Program Kami Terbaekkk




Aliffshah Mohd Shah
ALhamdulillah Tahniah kepada urusetia Green Planet Venture,dan Green Knowledge !!semuanya berjalan lancar~Tahniah kpd Mai Izzatul Syahirah & Yana Hidayah^^
 ·  · December 4 at 5:48pm near Kuala Lumpur



mesyuarat bersama ahli




Membuka gerai jualan di Putrajaya bagi mengutip dan menambah dana




nik dan atiek yg bertungkus lumus memotong buah


bincang ape tue..


kak arifah membeli buah

-I guess ini yang dipanggil bersusah-susah dulu n bersenang-senang kemudian..Thanks to all Mt dan Ajk tanpa korang ntah camnala program ni..Ya all the best!!^^

''Of the best rulers, The people only know that they exist; the next best they love and praise the next they fear; and the next they revile. When they do not command the people's faith, some will lose faith in them, and then they resort to oaths! But of the best when their task is accomplished, their work done, the people all remark, We have done it ourselves.''


Tuesday, December 6, 2011

Tahniah dapat baby baru

Tahniah kepada spupuku abang bu j kerana dapat baby baru pada DEC.5 2011,hurm...dengkinya aku..bila pula dapat merasa nikmat menjadi seorang bapa..anyway smoga ko jadi bapa yg baik dan mendidik anakmu seelok2 dan mudah2an anakmu menjadi muslim yang baik dan bijak suatu hari nanti insyalah..^^

welcome to the earth!!^^

Monday, December 5, 2011

Jom ramai2 Puasa sunat!!!



Dikesempatan ini saya ingin menyeru seluruh umat islam terutamanya untuk berpuasa sunat..Dengar kata sorang ustaz ni berpuasa sunat ni bagaikan melakukan ibadah slama 2 tahun..

Monday, November 21, 2011

Harimau Muda baham Garuda di final Sukan Sea


Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas dalam Sukan Sea yang dimenangi dua tahun lepas selepas berjaya menewaskan tuan rumah, Indonesia menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan. Pemain Indonesia, Gunawan dan Ferdinand Sinaga gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus memberi ruang kepada Malaysia untuk merangkul pingat emas walaupun Fakri Saarani gagal menyempurnakan penalti. Indonesia mendahului Malaysia seawal minit ke-5 hasil jaringan Gunawan Dwi Cahyo menerusi sepakan sudut tetapi Asrarudin bijak menyempurnakan peluang untuk menyamakan kedudukan 1-1 dan kekal sehingga tamat masa tambahan. Harimau Muda bakal berdepan ujian pada Rabu ini menentang Syria bagi kelayakkan Olimpik di halaman sendiri.

click utk perlawanan bolasepak MAL-INDO


Tahniah kepada pasukan negara!!

Wednesday, November 16, 2011

Hari kelam kabut dan meletihkan.

Rabu,Nov 16-

Hari yg memberi seribu satu pengajaran kepada diriku..

12a.m-6.am -Stadi statistik& p.eko islam utk kuiz
10.10a.m -terlewat sampai kekelas,test p.eko islam batal dan tunda :(
1.00pm - berlari ke bilik utk amik buku stat.tertinggal 
1.25pm - dibilik kelamkabut siapkn asgmnt stat.tinggal 3 soklan
1.35pm - kluar blik sat.
1.36p.m - terkunci luar bilik..Kol Adib Nazmi,tapi x berjawab (stress)
1.37p.m -lari ke pejabat utk kunci spare.mlngnya pejabat tutup(lunch)
1.45p.m -diselamatkan fellow disayangi abng Iejan Behs.(thanks)
1.50p.m - sambung wat soklan n siap ke klas stat(lega)
2.01p.m -di blok A.berjalan kaki ke fep
2.07pm- tersedar terpakai selipar sebelah lain2(gabra)
2.08p.m-oleh krana blok jauh,singgh blok kawan n pinjam selipar abng abdillah.
2.11p.m-selipar abg abdilah putus.disergah monyet chelaka.
2.14p.m-sampai kelas  statistik.quiz batal n tunda.
4.00p.m-habis klas blik bilik dengan emosi yg terkawal..
4.15p.m-Hujan lebat.Aku basah kuyup. Arrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Pengajaran&pribahasa yg sesuai-''Sediakan Payung sebelum Hujan''

Monday, November 14, 2011

Update Blog!

Hari ni Lecturer aplikasi komputerku telah membuatkan aku tersedak-sedak berberapa kali setelah beliau memberikan contoh dalam kelas tentang markah dlm mengupdate blog  nih..Setiap kali beliau mengulangi contoh2 seperti ini membuatkan aku merasakan seolah-olah aku diperli dan contoh2nya ditujukan kepada diriku yg lemah ini..Lantas dengan rasa kelakianku tercabar,Aku menggagahkan diri mengupdatekn blog ini tatkala sedang berada dalam kelas aplikasi komputer ketika ini dan beliau sedang menunjukkan demo utk wat microsoft asses skang ni..Jadi aku akan membebel panjang didalam post yg tiada arah tujuan kali ni..

Hari ni 15 november 2011,tepat jam 10 a.m, Cuaca kelihatan amat mendung sekali..Di paginya sewaktu ku menuju ke kelas dari kolej,ku lihat akan terdapat kepulan2 kabus menutupi langit yang biru..Namun begitu apa yg menjadi tanda tanya dalam kepalaku ini,Mengapalah Air Cond. dlm Lab ni sejuk giler!!Sampai terketar-ketar ahku diwatnye...

Hari ni kami belajar Pasal Menggunakan Asses dlm kelas pertama kali iaitu Aplikasi komputer...Kelas hari ni terasa agak panjang dan lama sbb terpaksa dengar lecture dlu slama slama hampir sejam stengah n aku sebenarnya lagi prefer kalu kita belajar ngan guna komputer dari dengar teori..Tapi xpa mungkin jugak ada faedah yg aku x terpikir..Sepatutnya kelas aplikasi komputer ni patut dibuatkan 2 jam sahaja oleh UKM.

Member aku si Ramzi ni nampak tekun betul buat Assess n sambil2 bukak Mudah.my n survey2 harga kreta...Hmmm Nk beli kreta kowt gamaknya..Anyway tu aje aku nk ngarut hari ni takut hilang fokus dlm kelas plak nanti.So That's All Folks!See ya later.

Sunday, November 13, 2011

Gambar baby comel

Ini gambar sepupu dan anak buah ku a.k.a buah hati pengarang jantungku..''Ya allah kau lindungilah mereka dan jadikan mereka bijak pandai dan berakhlak mulia dan dicintaimu''..aminnn


Balqis syng Uncle Alif
Dania tomei^^
Dania dan abngnya Daniel

Balqis^^
Balqis 5 bulan^^


Sayang atuk Amira



Amira sayang^^
Tgk pe tue..

Friday, November 11, 2011

Alfatihah Utk Allahyarham zubir Ali

Antara karya lagu berkonsepkan ketuhanan beliau:


Tuhanku
dalam termangu
aku masih menyebut namaMu
biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
CahayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku
aku hilang bentuk… remuk

Tuhanku
aku mengembara di negeri asing

Tuhanku
di pintuMu mengetuk
aku tidak biasa berpaling


-Zubir Ali-


Monday, November 7, 2011

Sifat 20

Sifat 20-Raihan 


Mari kenal sifat 20 allah beserta lawanannya skali..paling mudah diingati dengan menghafal lagu raihan dibawah ni..mudah2an kita sama2 memperoleh rahmatnya..:-


Haya Nal kul Sifat-Allah..
Haya Na' rif Wahdaniatah....
Allah,
Wujud, 
Qidam,
Baqa,
Mukhalafatuhu Lilhawadithi, 
Qiyamuhu Binafsihi, 
Wahdaniah, 
Qudrah, 
Iradah, 
Ilmun,
Hayat,
Sama, 
Bashar,
Kalam, 
Qadiran,
Muridan, 
Aliman, 
Hayyan, 
Sami'an,
Bashiran,
Mutakalliman....
ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH...


TERJEMAHANNYA:-

Sifat WajibTulisan ArabMaksudSifatSifat MustahilTulisan ArabMaksud
Wujud

ﻭﺟﻮﺩ
AdaNafsiahAdam

ﻋﺪﻡ
Tiada
Qidam

ﻗﺪﻡ
SediaSalbiahHaduth

ﺣﺪﻭﺙ
Baharu
Baqa

ﺑﻘﺎﺀ
KekalSalbiahFana

ﻓﻨﺎﺀ
Akan binasa
Mukhalafatuhu lilhawadith

ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
berbeda dengan semua makhluk ciptaanNyaSalbiahMumathalatuhu lilhawadith

ﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
Menyamai atau bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baru
Qiamuhu binafsih

ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ
Berdiri-Nya dengan sendiriSalbiahQiamuhu bighairih

ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩ
Berdiri-Nya dengan yang lain
Wahdaniat

ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ
Esa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan pada perbuatanSalbiahTa'addud

ﺗﻌﺪﺩ
Berbilang-bilang
Qudrat

ﻗﺪﺭﺓ
BerkuasaMa'aniAjzun

ﻋﺟﺰ
Lemah
Iradat

ﺇﺭﺍﺩﺓ
Berkehendak menentukanMa'aniKarahah

ﻛﺮﺍﻫﻪ
Benci iaitu tidak menentukan
Ilmu

ﻋﻠﻢ
MengetahuiMa'aniJahlun

ﺟﻬﻞ
Bodoh
Hayat

ﺣﻴﺎﺓ
HidupMa'aniAl-Maut

ﺍﻟﻤﻮﺕ
Mati
Sama'

ﺳﻤﻊ
MendengarMa'aniAs-Summu

ﺍﻟﺻﻢ
Pekak
Basar

ﺑﺼﺮ
MelihatMa'aniAl-Umyu

ﺍﻟﻌﻤﻲ
Buta
Kalam

ﻛﻼ ﻡ
Berkata-kataMa'aniAl-Bukmu

ﺍﻟﺑﻜﻢ
Bisu
Kaunuhu qaadiran

ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ
Keadaan-Nya yang berkuasaMa'nawiyahKaunuhu ajizan

ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﺟﺰﺍ
Keadaan-Nya yang lemah
Kaunuhu muriidan

ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ
Keadaan-Nya yang berkehendak menentukanMa'nawiyahKaunuhu kaarihan

ﻛﻮﻧﻪ ﻛﺎﺭﻫﺎ
Keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan
Kaunuhu 'aliman

ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ
Keadaan-Nya yang mengetahuiMa'nawiyahKaunuhu jahilan

ﻛﻮﻧﻪ ﺟﺎﻫﻼ
Keadaan-Nya yang bodoh
Kaunuhu hayyan

ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ
Keadaan-Nya yang hidupMa'nawiyahKaunuhu mayitan

ﻛﻮﻧﻪ ﻣﻴﺘﺎ
Keadaan-Nya yang mati
Kaunuhu sami'an

ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ
Keadaan-Nya yang mendengarMa'nawiyahKaunuhu asamma

ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺻﻢ
Keadaan-Nya yang pekak
Kaunuhu basiiran

ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ
Keadaan-Nya yang melihatMa'nawiyahKaunuhu a'maa

ﻛﻮﻧﻪ ﺃﻋﻤﻰ
Keadaan-Nya yang buta
Kaunuhu mutakalliman

ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ
Keadaan-Nya yang berkata-kataMa'nawiyahKaunuhu abkam

ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺑﻜﻢ
Keadaan-Nya yang kelu

CLICK SINI UTK LEBIH LANJUT

Monday, October 24, 2011

Pembentangan:Online Banking

   Hari ni ada pembentangan Aplikasi komputer..Tajuk kumpulanku ialah Online Banking, n Im kinda sucks on this topic coz tak prepare awal2 disebabkan x sehat sepanjang minggu lepas.Tambahan pula bila kumpulan kami ingin bincang presentation  malam semalam tetiba plak heavy rain..lalu,kami terpaksa akur dengan takdir ilahi..
   Sudah!! ku tahu ni suma alasan semata-mata...Tapi, tanpa alasan Tiadalah statement dan Tiadalah bukti...

Jadi untuk mengcover balik kemaluan yg telah kami alami,Ku akan post segala maklumat ringkas mengenai online banking..



 

How many online banking in Malaysia ?

Antaranya..

1)Maybank2U.com

2)Public Bank

3)Southern Bank

4)RHB Bank

5)Citibank.com.my

6)HSBC

7)UOB

Apa kelebihan Online Banking??

  1. Mudah dan selamat kerana transaksi boleh dilakukan di rumah dan selamat dari kes ragut dan rompakan yg boleh mengancam nyawa
  2. Cepat dan efficient serta kita tak perlu lagi utk que dan menunggu nombor giliran se(mata)2 utk melakukan transaksi mudah
  3. Boleh dibuat dimana-mana janji bole online dan depan laptop.
  4. Mudah utk buat tertentu bayaran elektrik,sewa rumah etc tanpa membazirkan kos minyak etc 
Apa plak kekurangan beliau?

  1. Akaun mudah diphising dan mengakibatkan kehilangan duit dalam bank akaun.Jadi disarankan agar mengguna laptop sendiri serta yg bole dipercayai..click-Phishing info,advice on phising
  2. Banyak manusia rata-ratanya rakyat malaysia masih buta I.T jadi menyebabkn sukar utk menggunakan online banking nih.
Anyways,Thanks to Ramzee n Najib krana telah mengcover cemerlang dlm Presentation arini.Gud Job Guys!

Tak Puas ati??Nak tau lagi pasl Online Banking??Baca sendiri!!Muahahah ^_^
click-more about Online_banking

Monday, October 17, 2011

Pusat Kesihatan.

Harini aku bru 1st time pi pusat kesihatan amik mc sbb cirit-birit..betul kata abng fellow,ubat pusat kesihatan mmng sedap!!

Sunday, October 16, 2011

Sibuk,Sibuk,Sibuk!!

Minggu lepas aku begitu sibuk...ngan jadi pengarah projek bengkel asas protokolnya di hari slasa,ditambah plak Kpo pada 13-16 hb lalu..Aku kena pi kursus pengurusan organisasi(KPO) ini di HPA(Hutan Pendidikan Alam)..Alhamdulillah segalanya berjalan ngan lancar..Bnyak ilmu yg dipelajari,
Wat pengetahuan suma aku diwajibkan join kursus ni sbb aku Ketua Blok K18D.Dalam kursus ni Kami blaja pasl cara membuat proposal..Fuh penuh ngan protokol2 nya,agak kelecehan sebenarnya mmbuat proposal nih.Kita kena ada banyak kesabaran dan harus bermuka tebal..anyway apa yg x best ialah pabila sampai ke kolej,didapati internet xleh guna psl penaiktarafan..so bye2 spin untuk satu minggu lepas..Ni pon on9 pon guna broadband kawan.

Cakap kosong pun talak guna..Ini antara aktiviti2 sepanjang minggu ini:

Di Hutan Pendidikan Alam sedang mencipta lirik dikir barat utk malam kebudayaan


Memenangi tempat kedua


Menyertai debat ala parlimen piala naib cancelor

Bangun dengan Bergayanya

Hail kerja kami utk Pertandingan Kelestarian Kolej(zon kitar semula)

Buat2 berfikir..(sbenarnya tgh ngantok)

Sedang ''mencipta'' zon kitar semula

AJK pembentangan Kelestarian Ibu Zain:)