Mungkin ramai 1st year student yg tak tahu tentang Moley ini...Aku dapat tahu pon dari senior-senior Kolej Ibu Zain nih...Untuk pengetahuan semua,moley adalah gelaran yg diberikan oleh senior kepada seekor makhluk halus yg gemar menyakat penghuni Kolej Ibu Zain ini...Dari mana datangnya nama Moley ini tidaklah diketahui oleh aku (krana xde masa nk wat full research) Ramai sudah diantara senior yg sudah lali dan tak kesah akan gangguan,Moley..Moley sudah popular dan seakan-akan maskot di Kolej Ibu Zain ini..Kalau nk tahu, Moley amat nakal dan suka menyakat sesapa saja yg bangun di tengah malam..Rata-rata student melaporkan yg gangguanya sering berlaku tepat pukul 2 pagi dan keatas dan Sewaktu cuti sem/sem pendek dimana kurangnya penghuni kolej ketika itu...Jadi saki baki yg pelajar tinggal ketika tu asyikla diganggu Moley..
Slah satu kisah yg aku dengar ni datang dari senior bernama Abang Iejan(nama sebenar terpaksa dirahsiakan),sekiranya beliau tipu aku,maka secara automatiknya aku tertipu kalian semua..(harap maklum) Abang iejan ini adalah felo di blok D lelaki.Beliau menceritakan,pernah sekali ketika beliau tinggal berseorangan di kolej dimana semua student sedang bercuti,beliau seringkali terdengar akan bunyi tapak kaki berlari dan berjalan di sekeliling blok..Paling kuat gangguanya berlaku adalah di blok A,(blok paling hampir dengan hutan dan markas monyet).Jadi x heranla aku ketika orientasi mereka menyuruh kami berhati-hati agar tidak menyalak dan terpekik di malam hari krana takut pekikan itu dibalas dengan hilaian tawa Moley.
(ADAKAH BELIAU SBENARNYA EN.MOLEY??)
Sebut pasal Hantu ni,tringat pula aku pasl satu kisah yg pernah diceritakan oleh makcik aku time dia blajar di ITM dahulu(blom jadik ''u'' lagi time tu) Makcik aku crita ada satu malam ketika member dia study memalam buta dia ada disapa oleh sorang pak guard di luar tingkap bilik..pak guard tu tanya'' tengah study ye??'' lalu beliau pon jawabla ''ye pakcik''..Sejurus selepas menegur beliau, Pak guard tu pon bla dengan menaiki motor kapcainya yg dapat jelas kedengaran..Tapi apa yg menakutkan,pabila beliau tersedar kemudianm mana la ada Pak Guard nak tego org depan tingkap bilik memalam buta..yang biliknya berada di tingkat Dua!!!Jadi sapa yg tego beliau tu?wallhualam...Cukuplah stakat ini crita aku..jam dah menunjukkan hampir ke pukul 2,Jadi sebelom aku pula dikacao beliau,baiklah aku tido.Nasihat aku pada semua,''Jangan biarkan diri anda,disebulungi,Moley~''wassalam..
p/s-ntah2 Moley tu adalah En.Munyit...
-Ada bran?Wiki Hantu sket..
''A ghost is someone who hasn't made it - in other words, who died, and they don't know they're dead. So they keep walking around and thinking that you're inhabiting their - let's say, their domain. So they're aggravated with you. ''
No comments:
Post a Comment